WASHINGTON – Presiden Barack Obama mengutuk ‘pembunuhan kejam’ oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) terhadap tebusan Jepun selepas penyebaran satu video menunjukkan militan itu memenggal kepala tebusan.
“Amerika Syarikat mengutuk pembunuhan kejam warga Jepun dan wartawan, Kenji Goto oleh kumpulan pengganas ISIL.
“Menerusi laporan, Goto, seorang yang berani untuk berusaha menyampaikan penderitaan dialami rakyat Syria kepada dunia luar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam video berkenaan, Goto dilihat melutut di sebelah seorang lelaki berdiri bertopeng yang bercakap dalam loghat British dan menyalahkan kerajaan Jepun kerana memaksanya melakukan ‘pembunuhan’.
Goto, tebusan Jepun kedua dipancung oleh IS, selepas kumpulan sama mengaku bertanggungjawab membunuh kontraktor, Haruna Yukawa, selepas tamat tempoh akhir 72 jam untuk meminta Tokyo membayar wang tebusan $200,000,000.
“Fikiran kami adalah bersama keluarga Goto dan orang tersayangnya, kita berdiri hari ini untuk soladariti dengan Perdana Menteri, Abe dan rakyat Jepun dalam mengecam tindakan kejam ini.
“Kami sanjung komitmen teguh Jepun untuk meningkatkan keamanan dan kemakmuran di Timur Tengah dan seluruh dunia, termasuk bantuan kepada mereka yang tidak bersalah dalam konflik di rantau ini,” katanya. -AFP
https://www.youtube.com/watch?v=i0asdSxxYPw