Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keadaan Keselamatan Di Ibu...

KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan sepanjang "Himpunan Rakyat Bersatu" di Padang Merbok di...

Tunku Abdul Jalil Tinggalkan...

ISKANDAR PUTERI - Pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim pada Disember lalu...

Manifesto PH Hanya Umpan...

SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Harapan(PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...

Lelaki Gantung Diri Tepi...

LELAKI ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada dahan pokok di tepi air...

Fizo Omar Dakwa Gambar Kalimah Di Awan Adalah Betul

Sejak siang tadi, sekeping gambar yang memperlihatkan awan berbentuk kalimah Allah di perkarangan rumah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan menjadi polemik hebat di kalangan pengguna media sosial di negara ini.

Gambar tersebut mendapat pelbagai komen dan ulasan dari para pengguna internet.

Ada yang kagum dan mendakwa ia sebagai tanda kemuliaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dan ada yang menganggap gambar tersebut telah diedit dengan menggunakan aplikasi khas.

fanatik

Menerusi sebuah print screen yang diambil dari laman Facebook Fizo Omar, beliau mengatakan gambar tersebut telah ditangkapnya sendiri dan menzahirkan gambar itu sebagai betul.

Fizo mendakwa dia lambat perasan hakikat kejadian itu.

Anda boleh lihatnya di bawah.

fizo wm

 

Apa pendapat anda?


Mungkinkah terdapat pihak yang sengaja mengubah gambar asal atau gambar tersebut sememangnya original?

Bukan sama sekali hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.

Cuba baca di bawah ini pula, andai apa yang diceritakan pemuda ini benar, sudah pasti Allahyarham juga tidak akan suka dengan sikap melampau yang dipertontonkan banyak pihak.

ingatan

Apa-apa pun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

DISYORKAN BACA : Sanjung Nik Aziz.. Hati-Hati Jangan Sampai Rosak Iman

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori