Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Dengan UMNO Hari...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan...

12 Mayat Tragedi Kapal...

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di...

UMNO Tak Menari Lenggok...

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menari mengikut rentak kem...

Najib Belum Lagi Bankrup

DARI FB NAJIB RAZAKSAYA sedar notis kebankrapan LHDN terhadap saya sedang ditular.Entah siapa...

Ops Hari Kekasih: 2 Penjawat Awam Antara Yang Ditahan

MELAKA – Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi ‘Hari Kekasih’ oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang pelajar kolej berusia 23 tahun di sebuah bilik hotel di Malim Jaya di sini pada pukul 12.15 tengah malam.

Beliau berkata lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya cuba terjun dari tingkat satu hotel berkenaan sambil memegang pakaian seragam tenteranya namun membatalkan hasrat itu sebelum membuka pintu bilik.

“Lelaki itu membatalkan hasratnya apabila menyedari terdapat anggota JAIM menunggu di luar bangunan hotel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua yang ditahan itu bukan pasangan suami isteri dan memberi alasan bermalam di hotel itu kerana ingin mengambil kereta di rumah kawannya.

Zurul Iman berkata seorang lagi penjawat awam daripada sebuah jabatan kerajaan di Melaka Tengah di sini ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik hotel di Cheng di sini pada pukul 12.50 tengah malam.


Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Beliau berkata dua pasangan itu bersama enam lagi pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 37 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.

Sementara itu, katanya JAIM akan membuat laporan rasmi kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengambil tindakan terhadap sebuah hotel di Peringgit yang menyediakan kondom untuk pelanggan yang menginap di hotel berkenaan.

“Tindakan perlu diambil kerana perbuatan ini dilihat seperti menggalakkan aktiviti maksiat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori