Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Ayuh Menang Piala FA...

PEMAIN Manchester United, Juan Mata menyifatkan kelab tersebut perlu menjuarai Piala FA bagi...

KKM Pertimbang Guna Kit...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mempertimbangkan penggunaan alat ujian pernafasan yang dikenal pasti...

Bekas YDP Dituduh Terima...

Kuala Lumpur : Bekas Yang Di Pertua, Majlis Daerah Kuala Langat, Mohamad Zain...

Jaguh ‘Malay First’, Sudah...

Oleh Lokman Adam Saya antara orang yang tidak bersetuju bila  PESAKA memutuskan untuk menghimpunkan...

Pakatan Diminta Desak Hadi Awang Jangan Laksana Hudud

KUALA LUMPUR – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendesak PAS supaya tidak meneruskan hasrat mengemukakan rang undang-undang persendirian untuk Enakmen Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan semasa persidangan Parlimen, Mac ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, DAP dan PKR boleh membuat desakan itu semasa Mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat (PKR) berlangsung pada 8 Februari ini.

“Pemuda Gerakan menggesa pemimpin PR menolak dan menghentikan niat PAS untuk melaksanakan undang-undang Hudud dalam mesyuarat majlis kepimpinan mereka pada 8 Februari 2015.

“Pemimpin DAP dan PKR khususnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim perlu menyatakan pendirian jelas mereka kepada PAS berhubung perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Keng Liang berkata, Mesyuarat Majlis Kepimpinan PR kali ini platform terbaik untuk Kit Siang, Guan Eng dan Anwar menyatakan pendirian itu kerana Preside PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menghadirinya.

“Jika PR enggan menentang dan menghentikan niat PAS untuk melaksanakan undang-undang Hudud dalam mesyuarat kepimpinan mereka itu, maka jelas PR memberi sokongan tersirat kepada undang-undang Hudud PAS,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=OeZl_Rw8XYg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori