KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap calon pilihan Pakatan Rakyat (PR) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.
Kata beliau, PR akan terus berdiri teguh bersama keluarga Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Buat keluarga Anwar, semoga tabah dan cekal hati menghadapi detik yang amat sukar ini. Kami rakyat dan rakan-rakan dalam PR akan terus berdiri teguh bersama keluarga anda.
“Pemuda DAP bertekad meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menerajui gerakan reformasi rakyat hingga mencapai kemenangan,” dakwannya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Kok Seong menyeru seluruh rakyat Malaysia melakukan reformasi dengan memilih kerajaan baharu dalam pilihan raya umum akan datang.
“Lawan Tetap Lawan. Membujur Lalu Melintang Patah,” katanya. – mynewshub.cc
Video: Liwat II: Suasana Kecoh Selepas Anwar Disabit Bersalah
https://www.youtube.com/watch?v=NVotcEsGN1A