Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berlian 476 Karat Ditemui...

FREETOWN - Pelombong dilaporkan menemui berlian 476 karat di Sierra Leone, lapan bulan...

Farhan Azizan Sah Bergelar...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu...

Masjidil Haram Sediakan Tempat...

SEIRING dengan kemahuan semasa, Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi kini mempunyai tempat...

57 Nelayan Dari Dungun...

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan nelayan dari Dungun dan Paka hari ini melahirkan rasa...

PAS Akur Jika Parlimen Tidak Luluskan Undang-Undang Hudud

KUALA LUMPUR – PAS akan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak sama ada menerima atau menolak rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan nanti.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS menggunakan jalan demokrasi dalam proses tersebut bagi memberi pilihan kepada para Ahli Parlimen untuk membentangkan, membahas,menyokong atau menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa kerajaan Kelantan itu.

Justeru, beliau menggesa Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo selaku Ahli Parlimen Puchong menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan PAS dalam pakatan rakyat.

“PAS juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu.

“Oleh itu PAS mendesak agar Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dapat diadakan segera agar pihak PAS dan kerajaan Kelantan dapat memberikan penjelasan butiran pindaan Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mahfuz berkata demikian sebagai menyelar dakwaan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP itu bahawa PAS bukan lagi sebahagian daripada pakatan rakyat jika meneruskan pembentangan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan 1993 atau lebih dikenali sebagai Enakmen Hudud.

Beliau yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS berkata, Gobind perlu tahu bahawa Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan yang ingin dipinda itu adalah sebuah undang-undang yang telah wujud lebih 20 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan pakatan rakyat.

“Manakala pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu. Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen.

“Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori