Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kayu Selfie Xiaomi Dengan...

Xiaomi, jenama yang tidak asing lagi di Malaysia telah pun menawarkan beberapa aksesori mereka...

BN Terengganu Perlu Kerja...

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu perlu bekerja keras untuk memastikan BN...

5 Jurulatih, 12 Pemain...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengecilkan bilangan skuad negara pada...

Prospek MSM Suram, MIDF...

KUALA LUMPUR - MIDF Research menurunkan penilaian terhadap Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK)...

Pasangan Diraja Sahkan Bakal Timang Anak Perempuan

DUKE and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton mengesahkan mereka bakal dikurniakan cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan pada April nanti.

Pasangan diraja itu mengetahui keputusan jantina anak kedua mereka selepas Kate menjalani pemeriksaan ujian imbasan jantina pada minggu ke-21 kehamilannya.

Setelah mengetahui jantina anak pasangan itu, orang ramai mula membuat andaian apakah nama yang dirasakan sesuai untuk bayi yang bakal lahir itu nanti.

Kini semua pihak tertanya-tanya, apakah nama yang bakal mereka berikan untuk anak perempuan mereka.

William dan Kate berpendapat mereka harus memilih nama yang tradisional seperti Mary atau Elizabeth atau memilih nama yang mempunyai maksud yang cukup dekat dengan mereka.


Antara nama yang dikatakan turut menjadi pilihan pasangan itu ialah nama mendiang ibu William, Diana yang terkenal dengan gelaran puteri berjiwa rakyat.

Diana terkorban dalam satu kemalangan tragis di Perancis bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed pada 31 Ogos 1997.

William dan Kate turut mempunyai seorang anak lelaki, Putera George Alexander Louis yang genap berusia dua tahun pada 22 Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

will1

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori