Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kos Stadium Shah Alam...

KUALA LUMPUR : Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Lelaki Hina Islam Diarah...

KUCHING - Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000...

Gadis Ini Sering Diserbu...

SEORANG gadis yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini ternyata sangat beruntung kerana...

Remaja Maut Kepala Tersangkut...

SEMPORNA: Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya putus akibat tersangkut pada enjin bot...

Pasukan Khas Ditubuh Siasat Ugutan Bunuh KPN

KOTA BHARU – Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata selain itu, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan berkenaan.

“Kita dalam proses mengenal pasti blok-blok (pihak) yang terlibat membuat ugutan ini dan kita klasifikasikan kes ini sebagai satu kes ugutan jenayah,” katanya.

“Kita telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (untuk kenal pasti individu terlibat). Macam-macam boleh berlaku sebab dalam alam maya ini, pelayan (server) dia mungkin berada di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan tengah hari bersama Warga Emas Rumah Seri Kenangan sempena Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Tabung Kaseh Kanser Orang Kota Baharu (OKB) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan Biro Perpaduan dan Perhubungan Kaum Persatuan Orang Kota Baharu (POKB).

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Presiden POKB Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan keretanya.

Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) dengan seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.

Mengulas mengenai proses ekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Kpl Sirul Azhar Umar ke negara ini dari Australia, Noor Rashid berkata proses berkenaan belum lagi dimulakan oleh Pejabat Peguam Negara.


Pada Khamis lepas, kerajaan Australia dilapor akan ‘menimbang’ semua permohonan ekstradisi termasuk melibatkan Kpl Sirul Azhar, yang disabitkan kesalahan membunuh.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Menyentuh mengenai penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 10 Mac ini, beliau memberi jaminan akan menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keselamatan dan kelancaran proses berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac depan manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz, yang merupakan Mursyidul Am PAS mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori