KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bangkok Glass kerana memberi sambutan mesra kepada pemain dan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) malam tadi.
PBNJ dalam satu kenyataan berkata, PBNJ turut mengucapkan tahniah kepada pasukan dari Thailand itu yang menewaskan Harimau Selatan dengan jaringan 3-0 pada aksi malam tadi.
“Tahniah diucapkan kepada Bangkok Glass atas kemenangan malam tadi. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bangkok Glass dan para penyokong mereka atas sambutan mesra yang diberikan kepada pasukan dan para penyokong Johor yang telah bertandang ke ke sana.
“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Bangkok Glass dalam perlawanan-perlawanan Liga Juara-juara Asia (ACL) yang akan datang. Terima kasih,” kata kenyataan itu hari ini.
Media hari ini melaporkan hasrat JDT untuk bersaing dalam Liga Juara-juara Asia (ACL) tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada Bangkok Glass dalam kelayakan peringkat kedua di Stadium ÂÂThanyaburi, Pathum Thani semalam.
Bangkok Glass yang merupakan juara Piala FA Thailand, membuka jaringan menerusi pemain sayap kanan, Narong Jansawek pada minit ke-28, sebelum peÂÂnyerang dari Namibia, Lazarus Kaimbi menambah dua gol pada minit ke-51 dan 61 bagi menempah pertemuan dengan kelab China, Beijing Guoan dalam kelayakan ketiga.
Dalam aksi tersebut, JDT bagaimanapun menurunkan ramai pemain simpanan seperti Mohd. Daudsu Jamaluddin, Jasazrin Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari yang ternyata gagal memberi tentangan sengit. – mynewshub.cc