Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aksem Perlis Rampas 380kg...

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis merampas 380 kilogram daun ketum...

KDN Pantau 1,000 Akaun...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini telah memantau 1,000 akaun...

Badan Akan ‘Seram Sejuk’...

WALAUPUN telah menjadi penyiasat selama lebih 20 tahun, namun tugas menyiasat tragedi pesawat AirAsia...

Ibu Tak Paksa Lisa...

PETALING JAYA - Ibu kepada pelakon Lisa Surihani iaitu Siti Amira Ahmad tidak...

PBSM Terengganu Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Terengganu kini giat menjalankan kempen pendaftaran sukarelawan dengan sasaran 1,000 belia bagi menjalankan lebih banyak kerja amal di lapangan.

Bagi menarik penyertaan lebih ramai belia, PBSM Terengganu telah melantik usahawan yang juga artis popular Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 25, sebagai Duta Muhibbah Kehormat PBSM Terengganu.

Pengerusi PBSM Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata pelantikan Ummi Nazeera itu adalah bertepatan dengan keprihatinannya dengan nasib malang yang menimpa mangsa banjir di negeri ini akhir tahun lepas.

“Sebagai artis dan usahawan, penglibatan beliau dalam kerja amal adalah sesuatu yang patut dicontohi oleh generasi muda dan PBSM Terengganu sangat optimis pelantikan ini akan memberi impak positif untuk belia di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis itu, di sini hari ini.

Pada majlis itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, syarikat milik Ummi Nazeera iaitu Pointray (M) Sdn Bhd turut menyumbang barangan keperluan mangsa banjir di Terengganu sebanyak RM200,000.


Sementara itu Ummi Nazeera yang juga Pengarah Eksekutif Pointray juga berazam mahu melakukan lebih banyak kerja amal selepas ini dan menarik golongan belia, khususnya usahawan untuk bersama-sama turun padang membantu golongan kurang bernasib baik.

“Sebelum ini, syarikat kami telah pergi ke Bukit Besi di Dungun yang terjejas teruk akibat banjir dan aktiviti gotong royong itu turut melibatkan peserta program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube). – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=tu8ex_KpPvI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori