Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Atikah Suhaime Tarik Diri,...

PELAKON yang dulunya popular dengan drama Bila Hati Berbicara, Atikah Suhaime dikatakan mahu...

Kelantan Dapat Pengurangan Denda...

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerima rayuan Persatuan Bola...

Video: LUCU.. Wanita Silap...

RUPA-rupanya ada cerita menarik berlaku ketika berlangsungnya sidang media pengumuman majlis perkahwinan pasangan...

Switzerland Haramkan Pelihara Seekor...

MESKIPUN terkenal dengan gunung-ganang dan memiliki coklat antara terbaik di dunia, namun Switzerland juga...

PDRM Pantau Mereka Disyaki Menyertai Militan IS Di Negara Ini

PORT DICKSON – Polis Diraja Malaysia (PDRM) senantiasa memantau mereka yang disyaki menyertai kumpulan militan IS di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata PDRM memantau pergerakan mereka bukan sahaja dalam soal pengambilan anggota malah dalam soal pembiayaan dan pengumpulan dana.

“Dalam perkara ini kami menjalin kerjasama dengan negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Singapura dan Myanmar dengan koordinasi dilakukan oleh Ketua Polis Negara.

“Langkah ini diambil untuk melihat rantau ASEAN ini bukan sahaja selamat, tetapi tidak menghantar bakal-bakal pengganas ini ke negara-negara (Syria dan Iraq) yang dipanggil sebagai ‘sarang’ keganasan”, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup program perbincangan meja bulat dasar keselamatan dalam negeri di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid berkata PDRM turut memantau apa juga rangkaian antara mereka yang disyaki terlibat di dalam media sosial termasuk pengambilan dan penghantaran mereka ke Syria dan Iraq.

“Apa juga yang mereka siarkan atau mereka cuba lakukan melalui media sosial kita pantau, jejak dan menangkap mereka yang terlibat,” katanya.

Berhubung mereka yang terlibat dengan IS kononnya untuk berjihad, beliau berkata apabila pihak polis dapat menangkap mereka yang pernah kononnya ‘berjuang’ ini, kebanyakan mereka menyesali perbuatan itu kerana ‘indah khabar daripada rupa’.


“Tidak ada jalan singkat untuk ke syurga. Sebenarnya perbuatan mereka ini (kononnya berjihad) adalah satu kesilapan manakala aspek lain pula ialah apabila kami tidak lakukan penangkapan atau kami tidak lakukan pencegahan maka kami bimbang mereka akan melakukan perkara yang sama di negara kita. Mereka akan mengganggu keselamatan dan kesejahteraan di negara kita.

“Kami tidak boleh bertolak ansur. Saya tidak mahu ada agama lain melihat bahawa inilah Islam. Sebenarnya Islam tidak mengajar begitu … keutamaan kami ialah menjaga keselamatan semua rakyat negara kita,” katanya.

Katanya ancaman IS adalah benar dan sebab itulah kementeriannya mengambil langkah pencegahan dan pembanterasan ini secara serius bagi membendung kegiatan IS di negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN Bagi Jenayah Merentas Sempadan (AMMTC) di Kuala Lumpur pada hujung September depan.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata dasar keselamatan dalam negeri itu digubal oleh kementeriannya melalui Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN).

Katanya penggubalan dasar itu yang diadakan dengan kerjasama ahli akademik dan pemikir negara merupakan satu daripada transformasi yang dilaksanakan kementerian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori