Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Elak Guna Individu Tidak...

JANGAN mudah meyakini tawaran mana-mana pihak yang mendakwa mereka boleh menguruskan hal percukaian...

Warga KDN Rai Pelantikan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 200 warga kerja Kementerian Dalam Negeri hari ini meraikan Menteri...

Cuaca Panas Punca Ular...

PUTRAJAYA - Dua kes membabitkan haiwan berbisa di sekolah rendah sepanjang minggu ini...

Jokowi Lancar ‘BRIM Versi...

JAKARTA – Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi pada...

PDRM Tawar Lebih 2,000 Jawatan Kadet Inspektor

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan kadet inspektor kepada pegawai lepasan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tawaran tersebut bertujuan memberi peluang kepada graduan Suksis menceburkan diri secara lebih lanjut dalam bidang kepolisan sejurus tamat pengajian.
“Dengan latihan selama tiga tahun di universiti, kami merasakan latihan tempoh asas juga akan dipendekkan sekiranya mereka terpilih untuk sertai PDRM.
“Namun mereka perlu lulus ujian integriti melalui ‘Malaysian Integrity Test’.
“Ini adalah bagi memastikan pegawai yang dipilih mempunyai tahap integriti yang tinggi dan saya harap siswazah Kor Suksis yang memang berminat dalam bidang kepolisan dapat menggarap peluang ini sebaiknya,” katanya dalam ucapan pelancaran pengambilan pegawai Kor Suksis ke jawatan kadet Inspektor di Dewan Sri Budiman, Univerisiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Sehingga kini, sebanyak 5,994 mahasiswa dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditauliah sebagai pegawai Kor Suksis sejak penubuhannya pada 2005.
Sementara itu, Acryl Sani berkata pihaknya telah menerima 1,300 permohonan pegawai lepasan Kor Suksis untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut.
Beliau juga berkata permohonan menjadi polis daripada kaum bukan Melayu semakin bertambah setiap tahun. – BERNAMA
  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori