Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jakim Atur Langkah, Jantina...

DEBARAN... Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pihaknya kini dalam proses bagi mengesahkan...

2 Warga Nepal Dipenjara...

IPOH - Dua lelaki warganegara Nepal masing-masing dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000...

Isu FGV: PAS Gesa...

KUALA LUMPUR - PAS menggesa agar Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad...

Harga Diesel: Rayuan Sektor...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyelaraskan rayuan sektor...

Pegawai AADK Maut Kemalangan Di Senawang Tengah Malam Tadi

SEREMBAN – Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) maut dalam kemalangan di Senawang di sini, pukul 12 tengah malam tadi.

Jurucakap polis berkata mangsa, Azli Yaakob, 39, yang memandu kereta Perodua Kancil, dalam perjalanan ke Senawang dari rumahnya di Taman Tuanku Jaafar di sini, sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga dinaiki tiga orang, yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga itu yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merempuh kereta mangsa.

Sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa yang mengalami kecederaan parah dari kenderaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.


Bagaimanapun, Azli disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala tiga mangsa lain stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori