New Zealand – Seorang pegawai kanan sebuah syarikat insurans yang dipalit dengan kontroversi selepas aksinya melakukan seks dengan rakan sekerja telah tersebar, kini terdesak untuk mengekalkan pekerjaan berkenaan.
Lelaki itu yang juga pengurus wilayah syarikat insurans Marsh Ltd dan telah berkahwin serta mempunyai dua anak remaja, dilaporkan tidak datang ke tempat kerjanya sejak dua minggu lalu.
Dia juga keseorangan di rumah selepas isterinya dan anak mereka yang berusia 19 serta 15 tahun itu meninggalkan rumah, setelah aksi hubungan seks dia dan setiausahanya dirakamkan serta disebarkan di media sosial.
Isteri lelaki itu hanya mengetahui mengenai kecurangan lelaki itu selepas dia melihat video berkenaan di Facebook.
Syarikat insurans berkenaan bagaimanapun dilaporkan mahu membuang lelaki tersebut disebabkan publisiti buruk yang diterima mereka susulan video seks itu.
Aksi seks tersebut dirakamkan oleh pelanggan di sebuah bar, yang terletak bertentangan dengan syarikat insurans terbabit.
Ia kemudian tersebar dan ditonton oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.