PELAKON Pekin Ibrahim menjelaskan Uqasha Senrose yang ingin bergambar dengannya terlebih dahulu selepas tersebar gambar mereka berdua yang diambil hanya beberapa bulan selepas putus cinta.
Menurutnya, Uqasha sekadar ingin bergambar untuk mempromosikan filem terbaharu lakonan Pekin yang berjudul Coverina alang-alang mereka bertemu di sebuah syarikat penerbitan akhbar, baru-baru ini.
“Saya tak rasa bergambar dengan Uqasha itu bermakna kasih dan sayang saya kembali semula, saya hanya bersikap profesional, dipelawa untuk mengambil gambar saya okay sahaja.
“Lagipun buat masa sekarang lebih fokus kepada kerjaya dan produk-produk filem, untuk bergandingan dengan Uqasha dalam filem saya rasa tak terfikir dalam waktu terdekat,” katanya kepada Murai.
Baguslah macam ni, takdelah bermusuh tak sudah kan. Lagipun kedua-duanya pun terlibat dalam industri hiburan yang kecil, pergi mana-mana anugerah mesti terjumpa punyalah.
Thumbs up untuk sikap profesional kalian berdua, Pekin dan Uqasha!
– MYNEWSHUB.CC