POKOK SENA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mendakwa dibelasah pelajar senior di sebuah sekolah di Pokok Sena semalam.
Nur Fatihah Md Lazim, 15, berkata perkara itu berlaku akibat salam faham.
Dia turut diugut dan terpaksa membuat laporan polis selain mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Nur Fatihah berkata namun pelajar yang memukulnya telah datang meminta maaf.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu berkata kes akan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – BERNAMA