Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

203 Anggota Bomba Bantu...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menggerakkan 203 anggotanya...

Maybank Dakwa Dokumen Pemindahan...

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd. (Maybank) menjelaskan dokumen nasihat pemindahan dana yang...

Bandar Lanba Hanya Ada...

CHINA – Sebuah bandar di China, Lanba bebas daripada kegiatan jenayah sejak 10...

1.2 Juta Penduduk Dewasa...

KUALA LUMPUR - Ketika negara mencapai sasaran 90 peratus indvidu dewasa lengkap menerima...

Gadis 14 Tahun Ditahan Di KLIA, Mahu Ke Mesir Sertai IS!

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam kerana dipercayai cuba menyertai jihad kumpulan militan IS di Syria.

 Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelajar perempuan itu telah membuat persiapan untuk perjalanan ke Syria menerusi Mesir dan polis percaya pelajar itu rakan atau orang hubungan di Mesir.

“Gadis tersebut terpengaruh dengan dakyah dalam laman sosial Facebook,” katanya kepada pemberita pada sidang alhbar sempena Kempen Balik Kampung Ops Selamat 6/2015 di sini hari ini.

Acara pelancaran kempen yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina itu, berlangsung di Plaza Tol Jalan Duta.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dalang kes ini dan bagi mengetahui bagaimana pelajar terbabit mendapat tiket dan wang bagi menampung perbelanjaan untuk ke sana (Syria),” katanya.

Khalid menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang hasutan luar, yang hanya merosakan masa depan mereka.


Pelajar perempuan terbabit kini ditahan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ‘SOSMA’.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khalid dalam kenyataan malam ini berkata gadis berasal dari Muar, Johor itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam, Selangor.

“Siasatan awal mendedahkan suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan dua individu yang cuba mempengaruhi suspek menyertai kumpulan pengganas di negara itu,” katanya.

Menurutnya, gadis itu merancang untuk berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian di Mesir dan kemudiannya dipercayai akan menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas.

Khalid berkata pelajar itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah SOSMA (Akta 747). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori