Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Dinasihat Lindungi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menasihati orang ramai agar mendapatkan...

Setia Haruman, i2M Ventures...

KUALA LUMPUR: Syarikat Setia Haruman Sdn Bhd dan i2M Ventures Sdn Bhd (i2M)...

Kementerian Agama Indonesia Kemuka...

JAKARTA ā€“ Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) mengemukakan usul kos tambahan operasi haji rutin...

Dakwaan Pemilihan Semula PKR...

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan...

Pelajar Tahfiz Dikhuatiri lemas Di Sungai Batu Enam

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Maahad Tahfiz Waltarbiyyah (MTT) Darul Iman, Tok Jiring dikhuatiri lemas di sungai Kampung Tuan Mandak, Batu Enam, petang semalam.

Mangsa, Ahmad Khairul Azmi Mahyuddin, 18, dari FELDA Belada, Tepuh yang dipercayai lemas pada jam 6.45 petang.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbullah Hanipah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 petang.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan membuat selaman oleh dua anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu.


“Selaman pertama pada jam 9.42 pagi ini dibuat di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas, namun gagal ditemui.

“PGO mengarahkan empat anggota dari Balai Bomba Kuala Berang ke lokasi kejadian bagi membantu dalam operasi mencari mangsa,” katanya hari ini.

Mohd Hasbullah berkata, sehingga kini operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori