Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rafidah Jawab Tuduhan Bekas...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu...

3 Suruhanjaya Tinggi Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Pusat Pengurusan Krisis (CMC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang...

Suspek Kes Rogol Dibogel,...

INDIA – Kejadian ini bukan lakonan tetapi benar-benar berlaku dan ia amat mengejutkan...

Kejam.. Kucing Mati Diberi...

PERBUATAN membunuh kucing dengan cara meracun bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya kerap kali terjadi...

Pelan Transformasi Pos Malaysia

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd sedang menuju ke arah melaksanakan pelan strategik lima tahun yang melibatkan antara lain, mempelbagaikan pendapatan, kata Kenanga Research.

Perluasan rangkaian Pos Laju yang dibuat seiring dengan pelan yang dilancarkan pada 2012 itu, bakal memberikan keuntungan kepada segmen logistik dan kurier syarikat itu.

Ia juga berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak sinergi daripada Kuala Lumpur Airport Services, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd dan Pos Malaysia, bagi mencipta perkhidmatan pengurusan logistik yang berkesan.

“Dalam usaha mengukuhkan segmen peruncitan, kumpulan itu sedang menubuhkan pusat penyelesaian sehenti yang terkait dengan populariti perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu), kata Kenanga Research dalam satu nota hari ini.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu menarafkan saham-saham Pos Malaysia sebagai “di bawah prestasi” dengan sasaran harga pada RM4.44, memandangkan adanya risiko kelewatan dalam pelaksanaan pelan transformasi perniagaannya, yang sekarang ini berada dalam fasa kedua.


Kenanga juga mengekalkan unjuran ke atas pendapatan Pos Malaysia.

Ia telah meramalkan Pos Malaysia akan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM204.9 juta dalam 2015 dan RM218.0 juta dalam 2016, manakala jumlah dagangan, masing-masing dijangka pada RM1,483.5 juta dan RM1,504.2 juta dalam 2015 dan 2016.

Sehingga pukul 12.26 petang, saham-saham Post Malaysia diniagakan satu sen lebih tinggi pada RM4.60 dengan 229,700 saham diniagakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori