Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rentas Negeri Tak Dibenarkan

PERGERAKAN merentas negeri dengan menaiki kenderaan awam masih tidak dibenarkan.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan),...

Angin Kencang Di beberapa...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya yang melanda kawasan perairan Sabah (Kudat,...

Polis Nafi Insiden Kereta...

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menyangkal dakwaan kononnya lebih 50 pemandu teksi...

Malaysia-Amerika Bekerjasama Untuk Berkas...

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Amerika Syarikat akan bekerjasama dalam usaha untuk memberkas...

Pelancong Wanita Warga Hungary Diragut Di George Town

GEORGE TOWN – Beg tangan milik seorang pelancong wanita dari Hungary yang menyimpan barang berharganya diragut oleh seorang penunggang motosikal di persimpangan Lebuh Chulia di sini malam tadi.

Mangsa yang baru sehari berada di negeri ini kehilangan kamera, iPad, telefon bimbit dan berus gigi elektrik.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam ketika wanita berusia 57 tahun itu sedang melihat peta untuk mencari arah pulang semula ke hotelnya.

“Lelaki terbabit memegang beg tangan pelancong berkenaan dan memutuskannya menggunakan pisau. Wanita itu cuba mempertahankan begnya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan.

“Suspek memakai topi kaledar penuh terus melarikan diri dengan sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian. Mangsa turut cedera pada ibu jari kanan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori