Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dikejar Dari Chow Kit...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan setelah dikejar hampir 50 kilometer dari Jalan...

PRU14: Pembubaran DUN Johor...

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-13 dibubarkan hari ini,...

Aylan Kurdi: Kisah Kanak-Kanak...

LIHAT senyuman manis si cilik berbaju kuning itu (gambar bawah), yang ceria bergaya...

Turki Rancang Hasilkan Jet...

Turki merancang mengeluarkan jet tempur "Hurjet" dengan Malaysia jika proses tender berjaya, kata...

Pemain Gaduh Di Padang, Chelsea & Everton Didenda Aje

LONDON – Chelsea dan Everton akhirnya hanya didenda oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana tidak bersikap profesional dalam perlawanan Premier League antara kedua-dua pasukan di Stamford Bridge, di sini pada Rabu lalu.

Media tempatan pada Jumaat melaporkan, pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic bagaimanapun terselamat apabila tidak akan dikenakan tindakan disiplin walaupun memang jelas berkelahi dengan pemain tengah Everton, James McCarthy.

Menurut pihak FA dalam satu kenyataan media, Chelsea dan Everton cuma dihukum denda kerana kedua-dua pasukan tersebut gagal memastikan agar para pemain masing-masing berkelakuan profesional sepanjang perlawanan ke-25 itu berlangsung.

Ketegangan memuncak dalam perlawanan sengit antara pasukan tuan rumah Chelsea dengan Everton pada minit ke-86 apabila para pemain dari kedua-dua pasukan saling bertengkar ganas antara satu sama lain di tengah padang.

Ivanovic yang bertindak kasar terhadap McCarthy, tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan itu yang berkesudahan Chelsea mencatat kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Willian Borges da Silva pada minit ke-89.


Panel jawatankuasa disiplin FA seramai tiga anggota yang kemudian meneliti rakaman video insiden berkenaan berpendapat bahawa perbuatan Ivanovic itu sebenarnya memang tidak wajar pun dilayangkan kad kuning apatah lagi kad merah.

Sebelum ini, pengurus Chelsea, Jose Mourinho telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak FA kerana membuat komen bahawa sesetengah pasukan lawan cuba mempengaruhi keputusan pengadil dalam beberapa perlawanan menentang pasukannya.

Padahnya bekas pengurus kebangsaan Portugal yang kini berusia 52 tahun itu dihukum denda sebanyak £25,0000 (RM138,537) bulan lalu oleh FA, namun kemenangan terakhir ke atas Everton melebarkan jurang tujuh mata dengan Manchester City.

Chelsea kini mendahului liga dengan 59 mata hasil 18 kali menang lima kali seri dan kalah baru dua kali manakala kekalahan ke-10 Everton meletakkan kelab itu di kedudukan ke-12 dengan 27 mata apabila cuma enam menang dan seri 9 kali. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori