Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Nadi Dakwaan Pasar...

TAWAU - Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau Sam Aminuddin...

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian...

PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu...

Bai’ah PAS Perjudikan Perkahwinan,...

KUALA LUMPUR - Kebelakangan ini kerap kedengaran rungutan dan persoalan berhubung sumpah bai'ah...

Johor Sasar 100% Peningkatan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan 100 peratus jumlah kedatangan pelancong bagi...

Pemaju Projek Perumahan Di N.Sembilan Perlu Daftar Di Portal Khas

SEREMBAN – Semua pemaju projek perumahan di Negeri Sembilan diwajib mendaftar dalam portal khas yang akan diwujudkan kerajaan negeri tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata portal khas yang dikendalikan Unit Perumahan Kerajaan Tempatan atau Unit Perancang Ekonomi Negeri itu akan menjadi pusat sehenti kepada orang ramai untuk mencari dan membeli lot perumahan Bumiputera yang ditawarkan di negeri ini.

“Portal khas ini akan mengumpulkan maklumat setiap lot bumiputera yang telah dibina, akan dibina dan sedang dibina. Jadi, sesiapa yang hendak beli rumah, senang, dia masuk portal berkenaan dan boleh cari lot perumahan Bumiputera yang boleh dibeli, yang akan dibuat secara langsung.

“Dengan kewujudan portal khas ini, para pemaju di seluruh Negeri Sembilan diarahkan untuk mendaftarkan lot Bumiputera masing-masing supaya dapat memudahkan pembeli Bumiputera mendapat maklumat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Selain itu, katanya, portal ini juga akan memberikan peluang kepada pemaju untuk memasarkan lot Bumiputera mereka yang dikatakan susah untuk dijual.

“Kadang-kadang orang tidak mendapat maklumat sebab pemaju hanya memasang papan tanda di kawasan tersebut sahaja, pada hal orang Bumiputera di situ sudah ada rumah misalnya,” kata Mohamad.

Katanya portal khas ini akan dikemas kini setiap hari bagi kemudahan semua pihak dan dengan inisiatif ini, kerajaan negeri akan dapat menggunakan kaedah ini bagi memantau pembelian lot perumahan Bumiputera.


“Jadi, tak timbul nanti pemaju datang minta kerajaan negeri supaya melupuskan lot perumahan Bumiputera, pada hal mereka (pemaju projek perumahan) tidak berbuat apa-apa langkah untuk menarik pembeli melalui pengiklanan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberi amaran kepada mereka yang berjawatan dalam kerajaan terutamanya mereka yang dilantik mengisi jawatan itu agar tidak menggunakan saluran media untuk membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan sebenar mengenai dasar-dasar kerajaan negeri.

“Kalau ada apa-apa hal mengenai dasar kerajaan negeri yang tidak terang, tidak faham atau pun tidak tahu apa-apa, janganlah buat kenyataan akhbar yang bukan-bukan. Jangan pergi kepada media (untuk) hentam kerajaan.

Jangan sampai mereka yang dilantik ini, kita tarik balik. Kita ada cara untuk berunding, jadi berunding elok-elok agar kita dapat mencari yang jernih.

Berjumpalah dengan saya atau pun Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan penerangan yang betul mengenai dasar-dasar kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori