Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

10,000 Tiket Perlawanan TFC...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 10,000 keping tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pertama...

PAS Tak Gentar DAP...

KOTA BHARU - PAS tidak gentar sekiranya DAP meletakkan calon mereka bertanding bagi...

KDN Terima Keputusan Sabah...

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan...

Jho Low Jual Rumah...

NEW YORK – Pendakwa raya Amerika Syarikat dan wakil ahli perniagaan Low Taek...

Pembantu Pejabat Didakwa Cabul Lelaki

Melaka – Seorang pembantu pejabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki dalam tandas awam Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di sini, tahun lalu.

Tertuduh Deraman Abu Chek, 58, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun dengan meramas kemaluan mangsa bagi niat mencabul kehormatannya dalam tandas lelaki, aras bawah bangunan UTC Melaka kira-kira 7.30 malam, 19 Mac 2014.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Muhamad Juhari Haron menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 ke atas tertuduh.


Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBK) Ishak Kari merayu supaya jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh seorang berpendapatan rendah selain mempunyai enam anak yang masih bersekolah.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norina menawarkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=Z3HAEbvvAOg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori