Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Macau Scam: ‘Datuk Seri’...

KUALA LUMPUR — Seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ antara 99 individu yang ditahan...

Jurujual Tayang ‘Berlian Asli’...

SEORANG jurujual wanita di sebuah kedai jualan barang kemas di China sanggup melakukan...

Calon SPM Tak Sempat...

KUALA KANGSAR - "Sebelum dimasukkan ke wad minggu lalu, bapa sempat berpesan supaya...

Penganggur Dipenjara Kerana Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan 14...

Tak Tahan Dirogol, Maid Bergabung Bunuh Tuan Atas Katil

AL-AIN, UAE – Sekumpulan pembantu rumah yang dipercayai menjadi mangsa rogol berulang kali dan dikurung ejen mereka membalas dendam dengan membunuh lelaki terbabit.

Mangsa yang berasal dari Asia itu melihat kesempatan melunaskan dendam mereka terbuka luas apabila suspek mengarahkan dia diurut.

Menurut sumber polis, ketika beberapa wanita mengurut badan lelaki Arab terbabit, mereka tiba-tiba bergabung tenaga mencekiknya sehingga mati.

Bagaimanapun, jumlah pembantu rumah terbabit dalam kejadian itu tidak didedahkan.

Polis berkata. semua mangsa sudah lama mencari peluang untuk membalas dendam kerana tidak tahan berulang kali didera secara seksual.

Mahkamah diberitahu, selain dirogol wanita berkenaan dikurung di apartmen lelaki terbabit untuk tempoh lama.


Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana pasport mereka dipegang suspek.

Lelaki durjana itu juga memeras wang daripada mangsa dari semasa ke semasa.

Akhbar al Ittihad semalam melaporkan, mangsa dibunuh ketika berbaring untuk diurut di katilnya.

Dalam perbicaraan, hakim menjatuhi hukuman penjara hanya setahun kerana tertuduh diampunkan keluarga mangsa apabila mereka membayar wang pampasan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori