Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zul Ariffin Sangkal Dakwaan...

PELAKON Zul Ariffin, 30, memberitahu tidak pernah timbul isu yang mengatakan dirinya menjadi...

Just how to Design...

Article writing support is consistently available to its customers, and you happen to...

TH Plantations Jual Aset...

SHAH ALAM - Tindakan TH Plantations Bhd. (THP) menjual beberapa ladang miliknya adalah...

Pasukan Taring Ditubuhkan, Wakil...

PADA tahun ini, populariti permainan atas talian Dota 2 agak mendapat tempat di...

Pemburu Temui Ajal Tertembak Diri Sendiri

Melaka – Seorang pemburu maut dipercayai akibat tertembak diri sendiri ketika dalam perjalan pulang dari memburu di Jalan Gapam, Kampung Gapam, Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa Ong Thai Hock, 56, dari Batu 12 1/2, Bemban maut di tempat kejadian selepas tembakan senapang patah yang dibawa terkena pada bahagian kanan mukanya.

Menurut sumber, mayat mangsa ditemui rakannya berusia 40-an terbaring di tepi Yamaha Lagenda ditunggangnya dalam keadaan enjin masih hidup di atas jalan berturap berhampiran Jalan Gapam.

“Sebelum kejadian mangsa bersama rakannya itu memburu di kawasan berhampiran dan dipercayai pulang menggunakan laluan berasingan.


“Apabila menyedari mangsa tidak kelihatan, rakannya mencari mangsa sebelum menjumpainya terbaring di atas jalan berkenaan dalam keadaan parah di muka,” katanya ketika ditemui di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. – myMetro Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori