Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Kanak-Kanak Perempuan Bersaudara...

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak perempuan bersaudara lemas semasa mandi di kolam rekreasi...

Pembantu Pejabat Didenda, Rakam...

KUALA LUMPUR - Akibat merakam video seorang pelajar wanita sedang mandi, seorang pembantu...

Polis Buru Tiga Lelaki...

JOHOR BAHARU - Polis Johor giat memburu tiga lelaki dipercayai menyamun dua pelajar...

PM Lancar Pembinaan Rumah...

KUALA KRAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Pemergian Nik Aziz Satu Kehilangan – Adnan Yaakob

RAUB – “Saya kehilangan seorang guru, tokoh agama dan politik yang dihormati dengan pemergian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata walaupun berbeza pandangan politik, namun ada pandangan yang diutarakan oleh tokoh agama yang mempunyai kelulusan Sarjana Perundangan Islam Universiti Al-Azhar, Mesir itu tetap dihormati.

“Apabila menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu, saya akan selalu tuangkan air untuk beliau dan bawakan fail-fail yang dibawanya.

“Allahyarham selalu beritahu hal itu kepada orang lain dan anggap saya sebagai seorang yang hormati orang tua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran hak milik tanah dan ladang pertanian kepada 179 peneroka Felda Krau 1, di Dewan Orang Ramai Felda Krau di sini hari ini.


Beliau turut menyifatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh politik yang penuh warna-warni dan pemimpin yang ikhlas dan jujur.

Adnan mewakili kerajaan negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz yang kini diketuai oleh anak lelakinya Nik Mohamad Abduh.

Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada 9.40 malam, Khamis ketika berusia 84 tahun.

Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam hari yang sama setelah dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori