Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Raub menjadi daerah kedua selepas Kuantan yang pulih akibat banjir apabila...

Menteri Arah Rapid Rail...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Rapid Rail...

Ada Masyarakat Cina Beralih...

SIBU - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata ada...

Bercinta Dengan Bukan Lelaki...

CHINA – Enam tahun…. ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa...

Pemeriksaan, Pembaikan Percuma Untuk 5,280 Proton Inspira

SUBANG JAYA – Proton Holdings Bhd minta pemilik kereta Proton Inspira yang dikeluarkan antara September 2010 dan Mei 2011, menghubungi pusat servis berhampiran untuk pemeriksaan dan pembaikan percuma.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat kereta nasional itu menjelaskan sejumlah 5,280 Proton Inspira akan terbabit masalah yang berkaitan dengan komponen gegelung-V dan pemangkin brek.

Mengikut Proton, adalah dipercayai Takal Gelung Pemacu (Drive Belt Pulley) dalam Proton Inspira yang dikeluarkan dalam tempoh berkenaan boleh haus dengan cepat selepas perbatuan atau keadaan pemanduan tertentu. Kerosakan komponen berkenaan akan menyebabkan kehabisan bateri dan meningkatkan kepanasan enjin serta menjejaskan sistem stereng kuasa.

Pemilik diminta menghubungi pusat servis bertauliah di seluruh negara untuk temujanji pemeriksaan dan semua kos upah serta alat ganti tidak dikenakan caj.


Proton juga sudah menghantar surat makluman mengenai pemeriksaan itu kepada pengguna.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian khidmat pelanggan 1800 888 398 atau e-mail kepada [email protected]. – Berita Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori