Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

KUANTAN – Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai memperdaya seorang jurujual kononnya...

Sokong Kerajaan Berhemah Demi...

BATU KURAU – Rakyat diminta memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada...

Ramai Maut, Sakit Makan...

KECOH... Sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut manakala 12 lagi individu jatuh sakit selepas...

Penduduk Sabah Kebal Virus...

PENDUDUK negeri Sabah dikatakan lebih sukar dijangkiti virus Zika kerana badan mereka telah...

Penambahan Aset Perlu Bagi Menaikkan Imej JPAM

KUALA LUMPUR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menerima penambahan aset dan beberapa peralatan agar agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPAM perlu diperkukuhkan fungsinya dengan aset-aset tambahan bagi memastikan ia sentiasa bersiap siaga ketika berlakunya bencana yang melibatkan masyarakat.

“Aset-aset yang diperlukan antaranya helikopter, bot Amfibia, bot berkuasa tinggi, lori 10 tan dan lima tan serta dapur bergerak.

“Peruntukan yang diperlukan bagi aset ini mencecah ratusan juta ringgit,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ibu pejabat JPAM di sini hari ini.

Menurutnya, jika aset diperbanyakkan mengikut nisbah keanggotan JPAM maka tindakan yang lebih efisien boleh dilakukan, selain menarik minat lebih ramai masyarakat menyertai JPAM.


“JPAM telah mengambil langkah menarik ramai tokoh dalam pelbagai bidang untuk membantu agensi kerajaan ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata JPAM sebenarnya memainkan peranan yang besar terutamanya dalam menangani masalah bencana dan malapetaka.

“JPAM membuktikan ketika malapetaka terutamanya banjir yang berlaku sebelum ini, agensi ini berada di hadapan walaupun mengalami kekangan kekurangan aset dan peralatan yang digunakan sebagai bantuan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut meninjau beberapa logistik milik JPAM yang dipamerkan di ibu pejabat JPAM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori