Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pasukan Polis Marin Tawau...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah Zon Keselamatan...

Tanah Runtuh Ancam Rumah...

MIRI - Sebuah rumah panjang, Rumah Damu, di Sungai Muam, Marudi, terjejas akibat...

KAFA Tidak Membisu Berhubung...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak pernah membisu berhubung tunggakan...

Pendaki Jepun Tergelincir Di Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Jepun tergelincir ketika sedang turun dari puncak Gunung Kinabalu kira-kira pukul 7.45 pagi ini.

Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah di sini hari ini, mangsa Yoshimasa Maekawa, 65, cedera di kepala dan muka ketika sedang turun 7.3 kilometer dari puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.

Kakitangan Taman-Taman Sabah dengan bantuan beberapa orang Malim Gunung atau pemandu pelancong memberi rawatan awal kepada mangsa dan mengusungnya turun ke Laban Rata iaitu pada ketinggian 3,272 meter gunung tersebut.

Sebuah helikopter Sabah Air kemudian membawa Yoshimasa ke pekan Kundasang sebelum dia dibawa ke Hospital Ranau menaiki ambulans.


Menurut kenyataan itu lagi, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, pihak Taman-Taman Sabah memohon kerjasama para pendaki lain supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati sepanjang pendakian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori