BANGKOK – Pejabat Peguam Negara Thailand hari ini memfailkan pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra atas tuduhan rasuah berhubung peranannya dalam skim subsidi beras yang diperkenalkannya.
Ia bakal menyaksikan Yingluck berdepan dengan hukuman penjara sehingga satu dekad jika didapati bersalah.
“Hari ini kita sudah memfailkan pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra … kerana ‘kelalaian tugas’ yang ada kaitan dengan kes skim beras,” kata Chutichai Sakhakorn, Ketua Pengarah Jabatan Litigasi Khas di Pejabat Peguam Negara.
Mahkamah Agung Thai akan memutuskan sama ada untuk menerima kes itu atau sebaliknya pada 19 Mac depan. – AFP