Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Maksimum 17 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Satu kelas hanya boleh menempatkan purata maksimum antara 16 dan...

Satu-Satunya Pemain Wanita Wakili...

PERMAINAN video bola sepak popular, FIFA 18 cukup sinonim dimainkan oleh kaum adam...

Covid-19: Pengumuman Penting Muhyiddin...

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pengurusan COVID-19 kini diletakkan di bawah...

Punca Kematian Pelajar Malaysia...

KUALA LUMPUR: Mayat pelajar Malaysia, Rebecca Edward yang mati di England selepas mengalami...

Pendaratan Belon Udara Panas Dilakukan Secara Selamat

GEORGETOWN – Pengendalian belon udara panas pada ‘Fiesta Belon Udara Panas’ di sini pada Sabtu dan Ahad lepas dikendalikan dengan profesional dan mengikut prosedur keselamatan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Ballons Sdn Bhd, Izzati Khairudin berkata pendaratan belon udara panas di beberapa kawasan tidak dijangka seperti di tanah perkuburan Cina Mount Erskine di sini adalah tindakan biasa selepas mengambil kira keperluan dan situasi semasa.

“Tiada kemalangan pendaratan, ia adalah tindakan biasa yang diambil jika mereka (juruterbang) jumpa tempat yang sesuai dan selamat, mereka akan mendarat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan beberapa belon udara panas mendarat di kawasan tidak sepatutnya seperti tanah perkuburan dan berhampiran bangunan lama yang pernah dijadikan kilang getah di Paya Terubong.


Fiesta Belon Udara Panas selama dua hari anjuran kerajaan negeri di Padang Polo di sini melibatkan 15 belon udara panas termasuk penyertaan dari United Kingdom, Korea Selatan, Filipina dan Amerika Syarikat.

Hanya tiga belon udara panas disediakan untuk dinaiki pengunjung dengan ketinggian 12 meter manakala selebihnya untuk pameran atau terlibat dalam acara penerbangan bebas.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori