Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Model Janji Oral Seks...

PADAN muka. Seorang model Itali yang menjanjikan oral seks kepada lelaki yang mengundi...

Pembelajaran Bidang Teknologi Perlu...

KULAI - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu mengambil kesempatan dalam memperkenalkan dan meningkatkan...

9 Mat Rempit Termasuk...

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman'...

Najib Sindir Tony Isu...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak pulang paku buah keras kepada Tony Pua...

Penduduk Tanduo Diminta Lapor Kehadiran Orang Yang Mencurigakan

LAHAD DATU – Penduduk di sekitar perkampungan Tanduo, termasuk di kawasan Felda Sahabat diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) atau individu mencurigakan di kawasan itu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata mereka boleh menyalurkan maklumat itu ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Esscom yang beroperasi 24 jam di talian 089-863181 atau faks 089-863182.

“Kita sering mendengar khabar angin kononnya gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu akan berlaku. Walaupun ia tidak benar, namun kita tidak boleh leka, sebaliknya sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Dalam hal ini, kerjasama semua pihak termasuk penduduk pesisir pantai sekitar Tanduo dan anggota Polis Bantuan Felda amat penting bagi membantu pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada majlis pertemuan Esscom bersama anggota Polis Bantuan Felda di Felda Sahabat 3, Rabu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ESScom Ruji Ubi dan Pengurus Besar Felda Wilayah Sabah Timur Sharuddin Amin.

Abdul Rashid mahu anggota polis bantuan di kawasan Felda Sahabat menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat khususnya berkaitan dengan kehadiran PATI atau kemasukan penjenayah yang menyamar sebagai orang tempatan.


Beliau turut menyeru anggota polis bantuan supaya terus membudayakan amalan integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan di lapangan.

“Jangan pula timbul situasi ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Jangan takut atau bimbang dengan tindak balas pihak tertentu apabila memberikan maklumat kepada anggota keselamatan…kita tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang bersekongkol dengan PATI atau penjenayah rentas sempadan,” katanya.

Abdul Rashid berkata insiden Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna telah membuka mata semua pihak terutama rakyat tempatan yang cintakan keamanan dan berharap sejarah hitam itu tidak berulang.

Menurutnya, walaupun peristiwa itu berlaku hampir dua tahun lepas, namun tragedi pertempuran Tanduo, yang menyaksikan 10 anggota keselamatan negara terkorban manakala sekitar 68 pengganas ditembak mati, masih segar dalam ingatan jutaan rakyat negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori