INDIA – Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terhadap tulang dan rangka manusia yang ditemui terkunci dalam sebuah balai polis.
Rangka berkenaan didakwa diletakkan di situ sejak sedekad lalu bagi tujuan siasatan namun sejak itu dilupakan dan tidak pernah dikebumikan selepas proses bedah siasat.
Bilik berkenaan sebelum ini menjadi stor untuk hospital polis.
Pihak polis kini menjalankan siasatan menyeluruh dalam penemuan mengejutkan itu.
Awal bulan lalu, lebih 100 mayat kebanyakannya kanak-kanak ditemui hanyut di Sungai Ganges.
Penemuan berkenaan turut mengejutkan dan ia mencetuskan isu mengenai aspek kesihatan di sungai yang dianggap suci oleh penduduknya.
https://www.youtube.com/watch?v=SK2vo-khacc