Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita El Salvador Warnakan...

EL SALVADOR – Kaum wanita di sini kini dalam ketakutan selepas tersebar khabar...

Hanya SK Seri Banai...

JITRA - Hanya sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Banai dekat sini yang...

DAP Bertegas Hukum Hudud...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendirian parti itu tidak bersetuju undang-undang Islam hudud...

Pulau Rusukan Kecil Pertama...

LABUAN - Angin kencang dan hujan lebat bukan sahaja melanda beberapa bahagian pulau...

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Miliki Bom Tangan & Dadah

BUTTERWORTH – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bom tangan dan dadah jenis methamphetamine, bulan lepas.

Di Mahkamah Sesyen 1, Mohamad Rosidi Othman, 36, didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 40 gram di alamat SB 479 Unit 8, Mukim 19 Kampung Tun Sardon, Bukit Mertajam, dekat sini, pada pukul 11 pagi, 28 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S. Selvaranjini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.

Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan tertuduh tidak diikat jamin dan menetapkan 16 Mac untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 2, Mohamad Rosidi didakwa memiliki bom tangan di alamat yang sama, pada pukul 8.45 pagi, 29 Jan lepas.


Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor dan tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori