Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rompak Kedai Serbaneka, 2...

KUALA LUMPUR - Dua sahabat masing-masing dihukum penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen...

Guna Bas Perantara Rapid...

KUALA LUMPUR - Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas dari KL...

PM Ucap Selamat Musim...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Lagi Insiden ‘Dalam Troli...

NAMPAK gaya, pihak pengurusan Tesco seperti tidak ambil pengajaran dengan isu sebelum ini...

Pengebom Berani Mati Bunuh 14 Orang Di Utara Baghdad

BAGHDAD – Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah kawasan penduduk Syiah di utara bandar raya ini semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, kata beberapa pegawai keselamatan dan perubatan.

Letupan di Kadhimiyah yang turut menempatkan makam suci Syiah turut mencederakan lebih 43 orang.

Seorang kolonel polis berkata, pengebom itu meletupkan dirinya di dalam sebuah restoran di Dataran Aden, manakala Kementerian Dalam Negeri dan beberapa pegawai perubatan memberitahu bahawa serangan itu disasarkan terhadap orang ramai yang berada di dataran tersebut.

Serangan itu merupakan pengeboman berani mati ketiga yang berlaku di ibu kota Iraq di sini sejak tiga hari lalu.


Pada Sabtu lepas, satu serangan di dalam sebuah restoran di kawasan Jadida, bandar raya ini, meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa.

Setakat ini, masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung serangan semalam, namun pengeboman berani mati merupakan taktik yang sering digunakan oleh pejuang militan termasuk anggota kumpulan Islamic State (IS). – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=P6U-O25QtNM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori