Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Didakwa Bunuh Ibu...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, hari...

Lelaki Panjat Gunung Pakai...

SENGAJA cari penyakit. Seorang remaja yang memanjat gunung Snowdon dengan hanya memakai seluar...

Selesai Di Pekan, Najib...

SELEPAS selesai program di Pekan, Pahang, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak...

Pemuda Amanah Tawar Nasihat...

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menawarkan khidmat nasihat undang-undang...

Peniaga Diminta Turunkan Harga Barang – Makkal Sakti

KUALA LUMPUR – Parti Makkal Sakti hari ini menyeru peniaga menurunkan harga barang secara sukarela berikutan penurunan harga minyak, agar dapat mengurangkan beban perbelanjaan rakyat serta membantu mengembangkan ekonomi negara.

Presidennya Datuk R.S. Thanenthiran berkata, peniaga sepatutnya tidak bersikap tamak dengan menaikkan harga barang demi mengaut keuntungan semata-mata, sebaliknya mempunyai perasaan bertimbang rasa untuk menurunkan harga.

Katanya, beban yang ditanggung oleh rakyat yang tinggal di pedalaman dan golongan berpendapatan rendah akan berkurang sekiranya harga barang turun seiring dengan penurunan harga minyak di pasaran.

“Sebagai pengguna, kita tidak seharusnya bersikap menuding jari kepada pihak kerajaan dan mesti bekerjasama dalam menangani isu harga barang naik seperti mengadakan kempen penurunan harga barang,” katanya kepada Bernama.

Thanenthiran berkata, partinya telah mengadakan kempen seumpama itu dan meminta setiap ahlinya yang berniaga untuk menurunkan harga barang dan ia telah mendapat sokongan.

Katanya kempen kesedaran menurunkan harga barang telah diadakan bermula minggu lepas seperti di sekolah, perhimpunan dan program yang membabitkan orang ramai.

“Kempen ini bertujuan menggalakkan pengguna membeli barang di kedai yang menurunkan harga barang bagi mendesak peniaga lain turut menurunkan harga barang,” katanya.


“Jika terdapat peniaga menurunkan harga barang, peniaga yang lain juga pasti akan mengikut jejak langkah mereka dan mereka harus berkorban jika mahu pengguna membeli barangan di kedai mereka.

Bagaimanapun, beliau turut berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dapat mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barang, walaupun harga minyak turun.

Tambahnya, selain menurunkan harga barang, tambang pengangkutan awam dan yuran bas sekolah juga perlu dikurangkan selaras dengan penurunan harga minyak.

Sementara itu, Thanenthiran berkata Yayasan Sakti di bawah naugan parti itu terus menjalankan pelbagai program termasuk berasas pendidikan serta sosial dengan yang terbaharu ialah mengumpul dana membantu membina sebuah kuil yang tergendala di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat membabitkan kehadiran lebih 2,000 masyarakat India, berjaya mengumpul RM200,000 yang akan digunakan bagi membina kuil itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori