Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jauhi Aktiviti Air, Laut...

ROMPIN - Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan masyarakat supaya...

Pelbagaikan Komposisi Etnik Dalam...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Majlis...

SK Kampung Balau Masih...

MIRI – Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup...

Marsha Akui Suami Tak...

SEJAK mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat Marsha Milan Londoh muncul dalam...

Penurunan Harga Barangan Di Pasar Tani Tak Rugikan Peniaga

PUTRAJAYA – Penurunan harga barangan di Pasar Tani di seluruh negara, yang berkuat kuasa minggu lepas, tidak akan mendatangkan kerugian kepada para peniaga, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebaliknya, penurunan harga barangan itu sebenarnya mampu memberi keuntungan kerana peniaga dapat menjual pada jumlah banyak berbanding jika dengan harga mahal.

“Ada yang tanya saya tak rugikah? Kita dah bincang (dengan peniaga), mungkin keuntungan agak kurang sedikit.

“Tapi kena ingat, cara untuk mendapat keuntungan bukan hanya dengan menaikkan harga semata-mata, tapi daripada volum jualan. Kalau dapat jual banyak, tetap akan dapat untung,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Tani Presint 3 di sini, hari ini.

Penurunan harga barangan di Pasar Tani mulai 7 Feb lepas menerusi ‘Program Jualan Turun Harga Pasar Tani’ dibuat selaras dengan penurunan harga minyak dunia.

Sebanyak 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian segar, kering dan diproses terbabit dalam program itu, yang menyaksikan penurunan harga antara lima hingga 20 peratus.


Ditanya mengenai kerjasama peniaga terhadap program itu, Ismail Sabri berkata kebanyakan peniaga mematuhi kadar penurunan yang ditetapkan malah, ada yang sanggup menurunkan harga beberapa barangan walaupun tidak disenaraikan sebagai antara 73 jenis produk terbabit.

“Daripada tinjauan hari ini, ada peniaga yang secara sukarela menurunkan harga barangan jualan seperti sayuran kampung misalnya pegaga.

“Ayam misalnya di luar, sekilogram RM7.50. Harga pasar tani RM7.10 sekilogram. Tapi ada peniaga yang bawa sendiri dari ladang jual pada harga RM6.80,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata penurunan harga itu hanya untuk Pasar Tani dan tidak terpakai untuk pasar malam, pasar sehari, pasar minggu dan pekan sehari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori