KUALA LUMPUR – Penyanyi era 80-an, Famiza Zulkifli atau nama komersialnya, Famieza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, malam tadi akibat masalah jantung.
Allahyarham berusia 43 tahun.
Famieza yang popular dengan lagu Getaran pada 1989, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.20 malam.
Selepas meninggalkan arena seni, Allahyarham menceburi dunia kecantikan dan kosmetik menerusi syarikat Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd dan menggalas jawatan sebagai Pengarah Urusan.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Gombak hari ini.
– BHarian Online