Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan kenyataannya sebelum ini bukanlah ditujukan buat peniaga berbangsa Cina secara keseluruhannya, sebaliknya ia ditujukan kepada peniaga yang tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun sejak semalam.
“Mereka (peniaga) menggunakan alasan harga minyak naik ketika mahu menaikkan harga barang dan nampaknya perkara itu telah membuat rakyat marah kepada kerajaan.
“Tapi bagi saya, pengguna tidak sepatutnya bergantung kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya mereka perlu menggunakan kuasa sebagai pengguna untuk menurunkan harga barang, contohnya seperti memboikot sesuatu barang.
“Berkaitan status saya yang menyarankan agar memboikot perniagaan milik orang Cina, saya menuli sedemikian sebagai menjawab pertanyaan pengguna yang marah dengan peniaga Cina yang masih tidak lagi menurunkan harga barang (walaupun harga minyak dah turun),” katanya memetik The Rakyat Post.
BACA:  Ismail Sabri Kesal Melayu Tak Bersatu Boikot Tauke Cina MelampauÂÂ
Menerusi status Facebook berkenaan, Ismail meluahkan rungutan terhadap sikap orang Melayu yang kadangkala membiarkan diri mereka dipermainkan apabila tidak bersatu memboikot barangan yang dinaikkan atas sebab tak munasabah oleh peniaga Cina begitu juga premis yang mempunyai isu berkaitan status halal meragukan.
Ismail berkata, orang Melayu adalah pengguna majoriti di negara ini maka jika mereka bersatu sudah pasti harga barangan terpaksa diturunkan dan status halal pun tidak boleh dibuat main.
Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atasIsmail Sabri di atas kenyataannya yang mendakwa Ngeh seorang anti Islam selain mempunyai pegangan syer dalam rangkaian restoran kopitiam Old Town White Coffee.
Ngeh memberi masa 48 jam dari sekarang kepada menteri terbabit untuk menarik balik kenyataannya yang diposkan melalui laman Facebook yang menyarankan pengguna Melayu agar memboikot perniagaan orang Cina.
“Tiada sebarang bukti yang mengatakan saya mempunyai sebarang syer dalam Old Town White Coffee dan juga yang mengatakan saya seorang anti-Islam.
“Saya langsung tidak pernah mempunyai apa-apa kaitan, pertalian atau apa-apa syer dalam Old Town White Coffee,” katanya.
Memetik The Malaysian Insider, Ngeh akan membuat laporan polis berhubung dakwaan Ismail Sabri dan menuntut menteri itu membuat permohonan maaf dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Beruas ini juga mengatakan dia terkejut dengan tuduhan bersifat rasis yang datangnya daripada menteri kabinet yang juga merupakan seniornya semasa menuntut dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=iKGyisL9MNY