Hilang sudah sebutir permata berharga….
Empunya nama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini sememangnya cukup disegani dan dihormati tak kira agama, bangsa dan fahaman politik.
Seluruh rakyat Malaysia menangisi permergian tokoh ulamak agamawan ini
Sesungguhnya Tuan Guru Nik Aziz sukar dicari ganti….
Kepimpinan zuhud dan keperibadian mulia mantan Ketua Menteri dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal dirindu seluruh rakyat jelata.
Pada masa yang sama, kisah perbualan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz semasa hayatnya yang didedahkan rakan yang mengenali amat menyentuh hati kami.
Kisah Perbualan Pertama
Semasa Lutfi Othman menjadi Pengarang Majalah Detik, dia lihat Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja. Lalu, Lutfi berseloroh “Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear. Sambil tersenyum Tok Guru membalas, “Ambo guno pen pejabat, Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih”.
Dakwat pen pun menjadi perhitungan untung rugi… Itulah Tok Guru Nik Aziz.
Kisah Perbualan Kedua
Husam Musa bekas setiausaha politik Tok Guru pernah bercerita,  setiap kali tidur di hotel sama Tok Guru, Tok Guru tidur atas lantai dengan alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong. Husam berkata, “Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu..” , Tok Guru membalas, “Tido atas katil… Tempat sedap.. Takut jenegho tok bangun tahajud.. Tido atas lata.. Tempat tok seleso.. Mudoh sedar nak buat tahajud”.
Begitu sekali beliau merancang ibadatnya…
Kisah Perbualan Ketiga
“Cuba beritahu saya mana satu yang Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah. Saya pinjam jah…. Jadi kita ni jangan sombong sangat dengan barang pinjam. Kita atas muka bumi jangan bermewah sangat, Nok senang sentiasa, belajar hidup susah. Takut kita dalam kubur terkejut bila mari susah (bergurau). Jadi berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (Tuan Guru Nik Aziz, Majalah Tamadun)
Al-fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. – MYNEWSHUB.CC
Video Kehidupan Seharian Nik Aziz
https://www.youtube.com/watch?v=LB71sZh6ETw