Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AirAsia Nafi Tony Fernandes...

KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa Ketua Pegawai...

Kaji Tempoh Masa Tol...

BATU GAJAH - PAS meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan tempoh tol percuma bagi...

Kumpulan Terakhir Petugas Prasarana...

KUALA LUMPUR - Seramai 53 bakal jemaah daripada kumpulan terakhir petugas Prasarana Malaysia Berhad...

Polis Tawau Buru Suspek...

TAWAU - Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan...

‘Kalau Betul Aniaya Anwar, Di Dunia Ini Saya Dah Masuk Neraka’

OPTIMIS terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam keputusan penghakiman kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau berani melafazkan sumpah di masjid mahupun tanah suci Mekah.

Beliau yang mengetuai barisan pendakwaan bagi kes tersebut turut menafikan menganiayai Anwar ketika mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan bawah hukuman Seksyen 377B kanun keseksaaan, tiga tahun lalu.

BACA: Mata Anwar Lebam Di Zaman Saya Tapi Cina Sokong… – Tun M

anwar_

Menerusi temubual dengan sebuah akhbar tempatan Shafee berkata, “Kalau saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka.

“Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.


“Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.”

Pelbagai teori konspirasi timbul di media sosial dan ‘lidah rasmi’ pembangkang setelah keputusan penghakiman yang mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan diumumkan mahkamah pada 10 Februari lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah Berhubung Keputusan Kes Liwat II

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori