Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Qody Bertuah Dapat Marsha

KUALA LUMPUR - Pengalaman menghasilkan lagu tema filem Tujuh berjudul Ku Bersumpah bersama...

Tawar Seks Kepada Polis,...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didenda RM1,300 atau dua bulan penjara oleh Mahkmah...

BN Perak Lancar Manifesto...

IPOH - BN Perak akan melancarkan manifestonya tersendiri di Bandar Meru Raya di...

Faizal Tahir ‘Low-Profile’, Fokus...

SIAPA yang tidak kenal dengan Faizal Tahir, seorang penyanyi yang mempunyai aura tersendiri...

Perhimpunan Perpaduan Melayu Tarik Ribuan Peserta

KUALA LUMPUR — Ribuan belia dan veteran Melayu berkumpul di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini untuk menghadiri Perhimpunan Gerakan Perpaduan Melayu bertujuan memperkukuh saf perpaduan dalam memperkasa masyarakat Melayu.

Ada yang menempuh perjalanan beratus kilometer untuk ke lokasi itu bagi sama-sama menjayakan agenda utama perhimpunan malam ini yang menurut penganjur adalah ke arah menghidupkan semula perpaduan dan menyemarakkan kembali kehebatan Melayu.

Acara yang diserikan dengan kehadiran jemputan terdiri daripada kalangan pemimpin ulung Melayu antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijadual bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Kemuncak perhimpunan itu, Najib dijadual menyampaikan amanat khas yang mesej terkandung di dalamnya bukan sahaja untuk dihayati hadirin di stadium malah umat Melayu yang mementingkan perpaduan di seluruh negara.

Perhimpunan itu turut dimuatkan dengan acara Pelancaran Agenda-Agenda Besar Abad Ke-21, Upacara Menandatangani Waad Melayu Abad Ke-21, Mandat Pemimpin Melayu dan Pelancaran Sekretariat Tetap Gerakan Renaisans Melayu.

Seorang peserta, Musa Basirah, 61, berkata beliau sudah lama menantikan acara seumpama itu diadakan kerana menyedari hakikat perpaduan bangsa yang perlu diperkuat dan disulami semangat jati diri yang tinggi.

Musa yang tiba dari Slim River, Perak, berkata beliau dan rakan-rakan bertolak seawal jam 12 tengah hari untuk sama-sama melihat bangsa Melayu dari seluruh negara berhimpun dan bersatu di bawah satu bumbung.

“Perhimpunan seperti ini perlu terus diadakan pada masa akan datang bagi memastikan semangat bangsa Melayu tidak pudar terutama dalam kalangan generasi muda,” tegasnya.


Ramlah Shaari, 55, dari Bagan Serai, Perak, berkata beliau bangga melihat bangsa Melayu berhimpun dalam satu barisan ketika mereka berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Program ini diharap memberi kesedaran kepada generasi muda dan membuka minda orang kampung seperti saya yang mungkin ada kalanya terlupa untuk sentiasa menggilap semangat dan perpaduan orang Melayu,” katanya.

Bagi Mohd Rizal Shukri, 23, pelajar Ijazah Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, kehadirannya ialah untuk sama-sama menterjemah semangat perpaduan orang Melayu yang mengetepikan sebarang perbezaan fahaman untuk bergerak menuju matlamat sama.

“Saya juga datang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat pemimpin kita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendengar isi kandungan ucapan yang disampaikan,” katanya.

Rakan sekuliahnya, Zane Azraai Mohd Suhaimi, 23, pula berkata beliau datang untuk melihat apakah perancangan untuk menyatukan Melayu dan memastikan kelangsungan bangsa itu.

Perhimpunan itu hasil inisiatif Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan Biro Tatanegara (BTN). — BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori