Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Astro Sasar 3 Juta...

KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd sasar tiga juta isi rumah dalam...

Penuntut Perubatan Disaran Tingkat...

SUNGAI BULOH – Penuntut perubatan di negara ini disaran meningkatkan kemahiran berkomunikasi sebagai...

Penurunan Harga Cukai Jalan...

KUALA LUMPUR : Sebarang keputusan untuk menurunkan harga cukai jalan akan memberi impak...

Syarikat Runcit Didakwa Simpan...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat barangan runcit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

Permintaan Perjalanan Udara Meningkat Pada 2014

KUALA LUMPUR – Jumlah pergerakan penumpang udara global pada 2014 menunjukkan permintaan meningkat sebanyak 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

“Prestasi 2014 melebihi kadar pertumbuhan purata 10 tahun yang sebanyak 5.6 peratus dan 5.2 peratus pertumbuhan tahunan pada 2013 berbanding dengan 2012,” kata IATA dalam satu kenyataan mengenai pergerakan penumpang global pada 2014.

Kapasiti meningkat 5.6 peratus tahun lepas, dengan faktor muatan naik 0.2 mata peratusan kepada 79.7 peratus, katanya, sambil menambah bahawa semua rantau menyaksikan peningkatan permintaan pada 2014.

“Lebih separuh daripada pertumbuhan dalam perjalanan penumpang berlaku pada syarikat penerbangan di pasaran baru muncul, termasuk Asia Pasifik dan Timur Tengah,” katanya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pertumbuhan pasaran domestik memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan dan ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam perjalanan domestik China yang berkembang 11 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya, kata IATA.


Syarikat penerbangan Timur Tengah mencatatkan pertumbuhan dua angka manakala keputusan di Afrika hampir tidak melebihi paras tahun sebelumnya.

“Secara keseluruhan, sebanyak 3.3 bilion penumpang menaiki pesawat tahun lalu, lebih kira-kira 170 juta berbanding 2013,” tambah IATA. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IATA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori