Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPM Rancang Perluaskan TV...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang untuk meningkatkan kerjasama dengan beberapa...

Jep, Sari Yanti Sah...

TEKA-TEKI khabar angin menyatakan pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal mendirikan...

Morsi Meninggal Dunia, Rebah...

KAHERAH - Bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah...

Penonton Amuk Tun M...

PROGRAM Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen...

Permohonan Semakan Selepas Penghakiman Penuh Diperoleh

PUTRAJAYA – Keputusan berhubung permohonan semakan terhadap keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan selepas penghakiman penuh diperoleh, kata peguam bela kepada Ketua Pembangkang itu.

Peguam Ramkarpal Singh Deo berkata pihaknya tidak perlu terburu-buru untuk membuat permohonan semakan itu kerana proses tersebut tidak terhad kepada tempoh masa tertentu.

“Kami mungkin akan membuat semakan terhadap keputusan mahkamah tetapi ia bergantung kepada alasan penghakiman yang terdapat dalam penghakiman penuh,” katanya sambil menambah pihaknya hanya mendapat penghakiman ringkas daripada mahkamah hari ini.

Mengenai keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap anak guamnya, Ramkarpal yang ditemui pemberita sejurus keluar dari bilik bicara Mahkamah Persekutuan di sini hanya menzahirkan rasa kecewa dengan penghakiman itu.

“Walaupun kami menerimanya, itu bukan bermakna kami bersetuju dengan kesemua kesimpulan yang dibuat oleh mahkamah,” katanya.

Seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Gobind Singh Deo berkata pihaknya perlu meneliti dan mengkaji penghakiman penuh sebelum membuat permohanan semakan.

Bagaimanapun, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai 15 peguam yang mewakili Anwar enggan memberikan sebarang komen.


Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori