Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

94,555 Peneroka Felda Dapat...

KULAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Insentif...

Kasut ‘Nike’ Cikgu Beri...

SEKEPING gambar memaparkan segala-galanya... Tindakan seorang guru yang cuba menaikkan semula semangat anak muridnya dalam...

6 Perangkap ‘Shopping’ Yang...

PENDAPATAN yang kita perolehi boleh mencukupi untuk semua keperluan sekiranya kita lebih berhati-hati...

Tesco Peringgit Riuh Najib...

MELAKA - Suasana di pasar raya Tesco Peringgit di sini bertukar menjadi riuh...

Persatuan Mahasiswa UM Kecam Pengurusan USIM

KUALA LUMPUR – Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengecam tindakan pihak pentadbiran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengarahkan pelajarnya, Mohd. Imran Md. Ishak melepaskan jawatan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Mohd. Ammar Atan mendakwa, tindakan pengurusan USIM itu suatu perkara yang memalukan dan tidak matang bagi pengurusan sebuah universiti.

“Adakah pihak pentadbiran USIM tidak memahami Perlembagaan Persekutuan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan berpersatuan atau organisasi.

“Mahasiswa bukan golongan kanak-kanak yang perlu diatur semua perkara dan hanya menerima arahan. Mahasiswa bukan boneka!. Kalau hanya jadi `pak turut’ pihak pentadbiran, maka tidak layak dipanggil mahasiswa,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Ammar berkata, mahasiswa ada semangat, iltizam dan jiwa tersendiri maka tidak perlu mana-mana pihak masuk campur dan mengarahkan mereka secara sesuka hati.


“Adakah salah seorang anak muda menyertai sebuah pertubuhan yang punyai misi dan visi demi masa depan Malaysia yang lebih baik,” dakwanya.

Media hari ini melaporkan USIM didakwa menghantar surat menasihatkan pelajarnya yang baru dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Gamis meletak jawatan kerana dianggap tidak mematuhi peraturan dan undang-undang universiti.

Ahli Jawatankuasa Gamis, Saiful Mujahid Mohd Fadzil mendakwa, pengurusan Usim menyerahkan surat tersebut pada Rabu kepada Mohd. Imran selaku presiden Gamis sesi 2015 dan Timbalannya, Ahmad Fahmi Mokhtar yang juga merupakan mahasiswa USIM. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori