Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dicabar Jawab Isu Ada...

CABAR... Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad jawab dakwaan...

Usah Provokasi Masa Hari...

PORT DICKSON - Polis mengingatkan penyokong semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya...

Video: Orang Jepun Dicabar...

MAKANAN khas setiap negara menjadi cabaran tersendiri untuk dirasai misalnya. negara jiran kita,...

Robin Hood Rompak Vaksin...

RIO DE JANEIRO - Seorang ketua sindiket pengedar dadah di Brazil digelar Robin...

Pervez Cadang Kabul, Taliban Kongsi Kuasa

Islamabad – Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf mencadangkan Kabul berkongsi kuasa dengan militan Taliban jika mahu keamanan dikembalikan di Afghanistan.

Dalam temubual dengan The Wall Street Journal, Pervez berkata, pelantikan Ashraf Ghani sebagai Presiden Afghanistan pada September tahun lalu membuka ruang kepada penyatuan antara kerajaan dan Taliban.

Katanya, ia juga memungkinkan pemberontak lain berdamai dengan Kabul.

“Ashraf seorang tokoh yang seimbang.

“Saya rasa dia harapan yang baik untuk keamanan,” katanya.

Pervez juga berkata, Pakistan dan India perlu mengelakkan diri daripada terbabit dalam perang proksi.


Bekas jeneral tentera itu berkata, India menyediakan bekalan senjata, latihan serta peralatan untuk pejuang pemisah Balochi – kebanyakannya tinggal di wilayah Balochistan.

Katanya, Amerika Syarikat pula sentiasa gagal mengambil kira kebimbangan Pakistan sehingga memaksa Islamabad bergantung kepada kumpulan militan dalam Afghanistan untuk mempertahankan kepentingannya.

Akhbar itu turut melaporkan, kenyataan Pervez itu menawarkan cadangan baru kepada Pakistan untuk melakukan proses keamanan yang sebelum ini sering dibatasi masalah diplomatik.

Pervez turut mengakui konflik berpanjangan India dan Pakistan adalah perang antara proksi.

“Namun, peranan Islamabad berbaik-baik dengan Taliban dan sekutu militan lain di Afghanistan tindakan sah untuk menghadapi ancaman India di situ,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori