Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Selebriti Wanita Popular Jalin...

TAK disangka di sebalik imej bersihnya sebagai seorang pelakon dan pengacara popular, rupa-rupanya...

Cerita Hikmah Tersirat Nilai...

HARI ini, nilai mata wang ringgit adalah RM4 bagi satu dollar Amerika Syarikat...

Teruskan Doa Keselamatan Pensyarah...

KUALA NERUS - Rakyat Malaysia diharap akan terus menzahirkan solidariti dengan mendoakan keselamatan...

Lans Koperal Kena Samun,...

Kajang - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki...

Pesawat Dalam Kecemasan Wajib Pancar Isyarat Setiap Minit

MONTREAL – Buat kali pertama dalam sejarah penerbangan antarabangsa, persidangan kemuncak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mewartakan semua pesawat dalam kecemasan wajib memancarkan isyarat setiap minit.

Media tempatan melaporkan, sidang tahunan di Kanada itu turut menyokong kuat rancangan agar semua penerbangan komersial perlu mengeluarkan isyarat darurat sekali dalam setiap minit ketika berlaku kecemasan, bukan 10 minit di bawah kaedah lama.

Keputusuan tersebut susulan tragedi kehilangan secara misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac tahun lalu yang gagal dikesan selepas isyarat terakhir dipancarkan di Laut China Selatan dalam perairan antaraangsa dekat sempadan Vietnam.

Sebahagian besar daripada 191 negara anggota ICAO yang ditubuhkan di sini sebagai salah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu sejak 1947, dilaporkan amat menyokong pelaksanaan rancangan terbaharu berkenaan secepat mungkin.

Pelan kontingensi itu dilakukan berikutan kehilangan MH370 semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China tahun lalu, malah pesawat tersebut masih belum lagi ditemui, hampir setahun sejak ia dilaporkan hilang.


Di bawah peraturan baru, syarikat penerbangan perlu mengesan pesawatnya dengan menggunakan sistem yang memberi lokasi pesawat setiap 15 minit namun jumlah masa perlu diturunkan jika berada di kawasan terpencil seperti di laut luas.

Ini untuk memudahkan anggota pasukan pencari dan penyelamat tempatan mahu pun antarabangsa dapat menjejak lokasi tepat pesawat itu berada sekali gus mampu memberi bantuan lebih cepat kepada mangsa sejurus ia dilaporkan terhempas.

Majlis ICAO dijangka mengesahkan cadangan tersebut pada sesi November akan datang – justeru mewajibkan semua syarikat penerbangan untuk berbuat demikian mulai 2016. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori