Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Islam Cara Hidup Lengkap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam yang dibawa...

Ribuan Warga Myanmar Membanjiri...

KANCHANABURI: Kesempitan hidup akibat krisis politik di Myanmar menyebabkan ribuan rakyatnya menyeberang ke...

Kadar Pengangguran Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran di Malaysia setakat Ogos tahun ini berada pada...

Najib Kutuk Pengeboman Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dua pengeboman...

Pesawat Taiwan Terhempas, Video Saat Akhir Dirakam

Dua keping gambar saat-saat akhir sebelum pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taiwan.

Gambar itu yang dicantumkan menunjukkan pesawat berkenaan berlanggar dengan bahagian jejambat sebuah lebuh raya sebelum terhempas ke dalam sungai sehingga mencederakan lebih 10 orang.

TransAsia_1

Sebuah van di hadapan kenderaan yang merakam gambar itu dilihat terpaksa membrek kecemasan selepas ternampak pesawat yang begitu besar berada pada jarak dekat.

Reuters yang memetik laporan televisyen melaporkan, pesawat itu dengan nombor pendaftaran B22816 membawa 58 penumpang ketika terhempas kira-kira pukul 10.56 pagi waktu tempatan.

10 orang yang cedera itu ialah mereka yang dapat diselamatkan setakat ini, dan masih ramai lagi baki penumpang yang sedang terperangkap.

Pasukan penyelamat kini sedang berusaha untuk mengeluarkan mereka dari dalam pesawat berkenaan.


TransAsia_2
Sebuah pesawat TransAsia Taiwan, jenis sama dengan pesawat yang terhempas di sungai di negara itu hari ini.

Stesen televisyen TVBS melaporkan 58 penumpang itu terdiri daripada 51 orang dewasa, dua kanak-kanak dan lima anak kapal.

Pesawat berkenaan jenis ATR-72, baru sahaja tiba di Taiwan tahun lepas.

Syarikat yang sama turut mempunyai rekod nahas pesawat pada Julai tahun lepas melibatkan pesawat GE222 yang cuba mendarat ketika cuaca buruk di sebuah pulau kecil di Taiwan, menyebabkan 40 orang terbunuh.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori