Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Permohonan Baharu BR1M 2018...

KUALA LUMPUR – Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018...

100 Penumpang Cemas Feri...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 175 penumpang dan 10 kru sebuah feri mengalami detik...

Tutup Maahad Tahfiz Yang...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap Maahad...

Doktor Serba Salah Kerana...

WASHINGTON DC - Sebuah hospital di Florida berdepan persoalan etika selepas pasukan paramedik...

Peserta America’s Next Top Model Ditemui Mati Ditembak

BEKAS peserta program pencarian model America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-21, Mirjana Puhar, 19, teman lelakinya, Jonathan Cosme Alvarado, 23, dan seorang rakan mereka, Jusmar Isiah Gonzaga-Garcia, 21, ditemui mati ditembak di kediaman mereka di North Carolina, Amerika Syarikat, semalam.

mirjana1

Seorang suspek, Emmanuel Jesus Rangel, 19, berjaya diberkas pihak polis dan ditahan di bawah tiga kesalahan membunuh dengan niat.

suspek
Suspek, Emmanuel Rangel.

Pihak polis mengesyaki serangan ini adalah disebabkan masalah pengaruh dadah yang membelenggu suspek.

Daripada siasatan, pihak polis mendapati suspek dan mangsa saling mengenali dan Mirjana dilaporkan baharu sahaja berpindah masuk ke rumah teman lelakinya baru-baru ini.


Mirjana, model kelahiran Serbia muncul dalam ANTM musim ke-21 yang dihoskan supermodel terkenal, Tyra Banks, Ogos tahun lalu namun tersingkir pada episod kesepuluh.

Keluarga Mirjana berhijrah ke Amerika ketika Kosovo dilanda krisis peperangan di kala usianya baharu sahaja mencecah lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori