Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Buat Parti ‘Binasakan Gaun...

MEMPHIS - Shelby Swink, 23, sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada 1 November tahun lepas....

Cebisan Mayat Manusia Ditemui...

BEIJING – Beberapa cebisan mayat manusia ditemui bersama-sama dengan serpihan pesawat China Eastern...

Iskandar Malaysia Berdepan Cabaran...

SINGAPURA – Iskandar Malaysia, wilayah pembangunan ekonomi merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi...

Najib Ucap Tahniah Haron...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Peserta Pasar Tani Tidak Aktif Bakal Disingkirkan – FAMA

KUALA TERENGGANU – Peserta pasar tani di Terengganu bakal disingkirkan sekiranya tidak aktif berjualan di pasar itu, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu Hasan Jusoh.

Beliau berkata pihaknya mendapati ada peserta yang tidak aktif kebelakangan ini dan mereka diberi peluang sehingga Jun ini sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai peserta.

“Ini kerana ramai lagi peniaga yang ingin menyertai jualan di pasar tani, yang kini semakin menjadi tumpuan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan limau kepada pengunjung Pasar Tani Padang Hiliran di sini hari ini bersempena Tahun Baharu Cina.

Ketika ini terdapat 24 pasar tani melibatkan 1,500 peserta di seluruh Terengganu.

Hasan berkata Fama akan membuka empat lagi pasar tani pada tahun ini iaitu dua di Kuala Nerus dan masing-masing sebuah di Marang dan Besut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori